abu suci: Merujuk kepada vibhuti.§
agama: Suatu cara atau jalan untuk memuja Tuhan dan menjadi seorang insan yang baik. Hinduisme dan Buddhisme masing-masing adalah contoh agama.§
aksi: Tindakan, perbuatan, sebahagian daripada Hukum Karma.§
atma: Tubuh dalaman kita yang bercahaya dan tidak mati.§
Aum: Nada yang amat suci, dilafazkan sebelum dan selepas bersembahyang.§
balipitha: Batu berupa teratai yang leper di bahagian atasnya, berdekatan dengan tiang bendera kuil.§
BBC: Stesen berita televisyen antarabangsa.§
bersembahyang: Cara untuk menunjukkan kasih sayang kita kepada Tuhan.§
bersujud: Perbuatan panchanga pranama bagi perempuan. Ini menandakan suatu cara penghormatan kepada Tuhan.§
bertiarap: Perbuatan ashtanga pranama bagi lelaki dengan baring penuh di atas lantai dengan muka menghadap lantai.§
bhajana: Lagu yang dinyanyikan untuk Tuhan.§
bilik sembahyang: Tempat khas untuk memuja dan menyembah Tuhan, Mahadewa-Mahadewa dan Satguru.§
cendana, serbuk: Serbuk wangi berwarna jingga yang digunakan untuk puja.§
CNN: Saluran berita televisyen antarabangsa.§
Dewa: Makhluk bercahaya yang tinggal di Antarloka.§
dhvajastambha: Tiang bendera yang berada di hadapan kuil.§
Ganesha: Tuhan bermuka gajah.§
golongan tua: Sesiapa yang lebih tua daripada kita seperti datuk, nenek, emak saudara, bapa saudara, abang dan kakak §
gopura: Pintu gerbang (menara) masuk yang tinggi di kuil §
guru: Seseorang yang mempunyai kemahiran atau pengetahuan yang tinggi, ciri-ciri kerohanian, sifat kepimpinan dan menolong kita untuk menghampiri Tuhan.§
Hari Tahun Baru: Hari yang menunjukkan permulaan tahun yang baru untuk penganut-penganut agama Hindu.§
Hindu: Seseorang yang mempunyai nama Hindu dan menganuti agama Hindu.§
Hinduisme: Agama yang tertua di dunia dan mempunyai seribu juta penganut. Kebanyakannya tinggal di India dan Nepal.§
India: Sebuah negara besar di Asia, di mana kebanyakan penganut agama Hindu tinggal.§
jaya: "Laung, Kemenangan." Suatu cara penyambutan, perucapan dan penghormatan.§
kapur barus: Sejenis bahan putih yang diperolehi daripada pokok kapur barus. Ia dibakar di kuil semasa puja.§
karma: Hukum tindakan dan tindakbalas (aksi dan reaksi).§
keajaiban: Kejadian yang tidak dapat diterangkan oleh sesiapapun. Dilakukan oleh Tuhan ataupun Mahadewa-Mahadewa.§
kolam: Suatu corak yang dilukis dengan tepung beras di lantai §
kuil: Kediaman Tuhan dan Mahadewa-Mahadewa.§
Kumbha: Periuk logam (kudam) yang dihiasi dengan kelapa dan daun mangga.§
kumkuma: Sejenis serbuk merah yang ditandakan pada dahi.§
lafaz: Mengucap atau mengaji mantra.§
Mahadewa: Nama dalam bahasa Sanskrit bagi Tuhan Siva, Ganesha atau Murugan.§
Mahasivaratri: Perayaan tahunan yang terbesar yang diraikan untuk Tuhan Siva.§
mangga: Sejenis pokok buah-buahan tropikal. Semasa perayaan, kita menggunakan daunnya untuk menghiaskan rumah dan kuil.§
mantra: Perkataan atau ayat suci dari kitab suci.§
merak: Sejenis burung besar yang berwarna-warni dan biasanya kelihatan di India.§
modaka: Sejenis manisan berbentuk bebola untuk Tuhan Ganesha.§
murah hati: Keinginan untuk berkongsi dengan orang lain.§
murti: Rupa Tuhan atau Mahadewa (diukir daripada batu granit) yang dipujai di kuil atau di bilik sembahyang.§
Murugan: Anak kedua Tuhan Siva, selepas Mahadewa Ganesha. Tuhan berkuasa yang membawa sebatang lembing (vel) dan menaiki burung merak.§
Namah Sivaya: "Pujian kepada Tuhan Siva," dalam bahasa Sanskrit.§
namaskara: "Sapaan suci ku untuk mu." Kita melakukannya dengan merapatkan kedua-dua tapak tangan ke paras dada atau ke atas kepala apabila bertemu orang lain atau melihat gopura kuil dari jauh.§
Nambi: Seorang nayanar yang hidup seribu tahun dahulu.§
Nandi: Seekor lembu jantan putih yang ditunggang oleh Tuhan Siva.§
Nayanar: Seorang yang murni dan suci terutamanya merujuk kepada 63 Nayanar dari India Selatan.§
penganut: Seorang pemuja agama yang amat mencintai Tuhan.§
perayaan: Waktu kegembiraan yang khas untuk memuja Tuhan pada setiap tahun di hari yang mulia.§
persembahan: Hadiah atau pemberian untuk Tuhan.§
pinang: Buah dari pokok palma. Suatu pemberian di kuil.§
prasada: Bahan-bahan yang direstui Tuhan dan diberi di kuil seperti vibhuti dan bunga-bungaan.§
puja: Upacara keagamaan Hindu untuk memuja Tuhan. Ia termasuk pelafazan, setanggi, arati, air, makanan dan bunga.§
rahmat: Kurnia, belas kasihan daripada Tuhan.§
Rajaraja Chola: Seorang raja yang agung. Beliau telah hidup di India Selatan seribu tahun dahulu.§
reaksi: Tindakbalas, sebahagian daripada hukum karma.§
restu: Ucapan selamat, berkat atau rahmat yang dicucuri oleh Tuhan atau seseorang.§
Saivisme: Sesuatu yang berkaitan dengan Saivisme. Saivisme adalah agama bagi mereka yang memuja Tuhan Siva sebagai Tuhan Teragung.§
sami: Seorang yang melakukan puja kepada Tuhan di kuil atau di tempat sembahyang (Pusari dalam bahasa tamil).§
Satguru: Seorang guru agama yang agung. Dia sentiasa berhampiran dengan Tuhan. Dia memimpin orang lain ke arah yang benar.§
sirih: Daun daripada tumbuhan bersulur paut, sebahagian daripada persembahan di kuil.§
Siva: Tuhan Teragung.§
Sivaloka: Dunia Kausal atau Dunia Ketiga, dimana Tuhan Siva dan para Mahadewa tinggal.§
Skanda Sasthi: Perayaan enam hari untuk Tuhan Murugan.§
suci: Sesuatu yang telah direstui oleh Tuhan atau penuh dengan tenaga keTuhanan.§
syurga: Dunia suci yang lebih tinggi daripada dunia fizikal.§
Thaïpusam: Perayaan terbesar untuk Tuhan Murugan.§
tirtha: Air suci.§
Tirunaraiyur: Sebuah pekan di India Selatan dimana Nayanar Nambi hidup sebagai seorang kanak-kanak.§
tubuh fizikal: Tubuh manusia yang diperbuat daripada tulang, darah dan otot.§
Tuhan: Tuhan Siva. Tuhan yang Teragung. Juga bermaksud Mahadewa yang dicipta oleh Tuhan Siva seperti Mahadewa Ganesha dan Mahadewa Murugan.§
vadai: Sejenis kuih kecil berbentuk bulat, seakan-akan kuih gelang yang terkenal di India Selatan.§
Veda: Kitab suci agama Hindu yang utama dan tertua di dunia.§
vel: Lembing bercahaya sakti yang dipegang oleh Tuhan Murugan.§
vibhuti: Abu suci putih yang disapu pada dahi seseorang terutamanya penganut Saivisme.§
Visarjana: Suatu perayaan besar bagi Tuhan Ganesha.§
yoga: Suatu cara untuk menenteramkan minda dan tubuh kita. Ia termasuk pelafazan, duduk tanpa pergerakan, pengawalan pernafasan dan bermeditasi.§
Nota: Perkataan-perkataan di atas adalah didefinasikan sebagaimana yang telah digunakan dalam teks. Untuk mendapat penjelasan yang lebih mendalam dan panjang, sila rujuk kepada lexikon dalam buku Dancing With Siva.§