Śaivite Hindu Religion: Book One for Children Ages 5 to 7

Glosari

arati: Suatu lampu nyala yang digunakan di rumah ataupun di kuil untuk memuja Tuhan.§

atma: Badan bercahaya. Jiwa yang hidup di dalam badan fizikal kita.§

Aum: Suatu bunyi suci yang kita lafazkan. Ia adalah hasil daripada semua bunyi yang wujud.§

berdoa: Bercakap dengan Tuhan.§

berkhidmat: Berbudi baik untuk menolong orang lain.§

bersembahyang: Untuk menunjukkan kasih sayang kita kepada Tuhan.§

bersyukur: Doa terima kasih.§

bhajana: Lagu-lagu keagamaan riang yang kita nyanyikan untuk Tuhan.§

biarawan: Seorang yang tidak berkahwin dan mengabdikan dirinya kepada Tuhan. Dia menolong orang lain dan mengamalkan yoga.§

bijak pandai: Seseorang yang mempunyai pengetahuan yang mendalam dan membantu seperti orang tua.§

Chaturthi: Hari keempat selepas anak bulan ataupun bulan purnama.§

dewa: Makhluk spiritual yang bercahaya. Roh yang tinggal di alam syurga.§

dharma: Undang-undang Tuhan Siva yang berasaskan kasih sayang.§

Ganesha: Tuhan berkepala gajah. Dia dipuja terlebih dahulu.§

ghaib: Hilang secara tiba-tiba.§

guru: Pengajar.§

karma: Hukum tindakan dan tindakbalas.§

kavadi: Sekeping papan melengkung yang dihiasi.§

kereta rata: Kereta berarak besar beroda empat yang digunakan semasa perarakan untuk membawa murthi Tuhan.§

kitab: Buku suci yang memberi panduan untuk hidup.§

kuil: Rumah kediaman Tuhan, yang kita pergi untuk bersembahyang.§

menjelma: Muncul dengan serta-merta.§

merestui: Memberi rahmat kepada seseorang.§

Murugan: Tuhan yang dicipta oleh Tuhan Siva.§

Namah Sivaya: “Pujian kepada Tuhan Siva” dalam bahasa Sanskrit. Ia adalah ucapan doa kami yang paling digemari dan berkuasa.§

namaskara: Kata sapaan agama Hindu yang mendorong kita untuk melihat Tuhan dalam diri semua orang§

nandi: Lembu jantan putih yang besar. Tuhan Siva menunggang Nandi§

Nayanar: Seorang yang suci§

Om: Sama dengan “Aum”. Bunyi besar alam semesta§

para Tuhan: Tuhan-tuhan termulia yang dicipta oleh Tuhan Siva.§

pengalaman: Sesuatu yang terjadi kepada anda. Sesuatu yang melibatkan penglihatan dan perbuatan§

perayaan: Hari yang istimewa untuk memuja Tuhan. Masa yang gembira dimana ahli keluarga bersamasama memuja Tuhan.§

puja: Suatu cara untuk memuja Tuhan dan para Tuhan.§

rishi: Seorang yang amat suci§

Sambandar: Nayanar kanak-kanak dari Tamil Nadu§

Satguru: Seorang pengajar agama yang termulia.§

Siva: Nama Tuhan yang teragung. Ia bermaksud “Yang Maha Pengasih”.§

suci: Sesuatu yang sangat tulen dan istimewa.§

Thai Ponggal: Perayaan menuai padi. Ia dirayakan pada bulan Januari-Februari.§

tambura: Satu alat muzik ringkas yang bertali empat.§

tradisional: Sesuatu yang diikuti atau digunakan oleh manusia untuk jangka masa yang lama.§

Tuhan: Siva, Pencipta alam semesta. Siva tidak pernah dicipta.§

vanakam: Kata sapaan dalam bahasa tamil. Ucapan penghormatan kepada orang lain.§

vel: Tombak suci Murugan. Ia melambangkan kuasa kebaikanNya.§

vina: Alat muzik bertali tujuh.§

yoga: Perlaksanaan spiritual yang membawa kita rapat dengan Tuhan.§

yogi: Seorang yang berusaha untuk mengetahui Tuhan.§