Śaivite Hindu Religion, Book Four for Children Ages 8 to 10

Pengenalan oleh Pengarang

image

Untuk Para Pelajar§

Selamat datang ke Agama Hindu Saivite, Buku ke-Empat. Kami berharap anda akan menghayati buku yang berwana-warni ini. Ia mempunyai gambar-gambar penganut Hindu dari seluruh dunia. Kini, anda sudah bersedia untuk mempelajari Saivisme sebagai sebahagian daripada agama Hindu yang agung. Anda akan belajar tentang Tuhan Siva, Tuhan Ganesha dan Tuhan Murugan. Anda akan lebih memahami tentang konsep-konsep utama kita iaitu karma, dharma dan penjelmaan semula. Anda akan belajar tentang bagaimana kuil beroperasi dan bagaimana Tuhan-Tuhan membantu kita. Anda akan tahu tentang keagungan para wali dan guru-guru Saivite kita. Anda juga akan diajar tentang cara meningkatkan hidup anda dengan melakukan japa, meditasi dan kegunaan ikrar. Anda akan mempelajari sebab-sebab keagamaan mengapa anda perlu melakukan perkara-perkara baik dan bagaimana bergaul dengan orang lain. Anda juga akan belajar tentang kepentingan mempunyai kawan-kawan baik, bagaimana menjadi seorang Hindu yang baik dan mempunyai sebuah rumah yang mempunyai amalan agama yang kuat. Belajarlah agama anda dengan bersungguh-sungguh sepertimana anda mempelajari matapelajaran yang lain. Fahami amalan-amalan, kepercayaan-kepercayaan dan falsafah kita dengan baik.§

Untuk Para Guru§

Buku ini ditujukan khas untuk kanak-kanak berusia 8 hingga 10. Sebagai guru, anda harus memastikan pelajar anda memahami semua perkataan dalam teks ini. Sekiranya mereka diajar dalam dua bahasa, maka mereka harus faham apa yang disebut dalam kedua-dua bahasa. Dengan ini mereka akan memahami maksudnya dengan lebih jelas. Galakkan mereka untuk menyoal, dan sekiranya anda tidak tahu jawapannya, hantarkan soalan mereka kepada saya. Terdapat juga maklumat tambahan di halaman internet www.himalayanacademy.com/teaching/ untuk membantu anda, termasuk panduan guru, sumber internet tambahan, buku-buku dan video yang sesuai untuk kanak-kanak. Buku ini disediakan dalam empat bahasa iaitu Bahasa Inggeris, Bahasa Tamil, Bahasa Melayu dan Bahasa Perancis bagi negara dimana kebanyakan kelas diajar termasuk Singapura, Malaysia dan Mauritius. Para guru digalakkan supaya berkomunikasi sesama sendiri untuk berkongsi bahan ajaran dan idea.§

Untuk Ibu Bapa§

Buku ini merupakan pelajaran yang paling penting bagi anak-anak anda. Ia merupakan pembelajaran mengenai agama Hindu, Sanatana Dharma, “Kebenaran Abadi.” Ada sesetengah ibu bapa berasa bahawa mempelajari agama tidak penting dan anak-anak mereka harus lebih menumpukan perhatian pada akademik mereka. Pendekatan yang lebih bijak adalah dengan memepelajari kedua-duanya. Pembelajaran Agama Hindu sepertimana yang diberikan dalam buku ini memberikan pendapat-pendapat yang praktikal yang membantu seseorang kanak-kanak untuk lebih cemerlang dalam akademiknya. Ia juga dapat membina kehidupan yang lebih seimbang bagi kanak-kanak, iaitu zaman kanak-kanak yang lebih riang dan kurang tekanan. Oleh itu, sila ambil berat tentang pembelajaran anak-anak anda dengan membaca semua pelajaran dalam Buku Empat dan sekiranya mempunyai masa layarilah bahan-bahan kursus untuk guru di internet. Anggaplah kursus ini sebagai pendidikan untuk roh dan suara hati anak-anak anda, satu latihan yang akan menyediakan mereka untuk memahami agama mereka dan mempraktikkannya dengan pengetahuan dan berupaya untuk menggunakan ajaran ketuhanan tersebut dalam menghadapi isu etika dan moral yang sukar dalam hidup mereka. Berilah galakan kepada anak-anak anda, bantulah mereka dalam proses memahami pelajaran ini dan siapa tahu, anda sendiri mungkin akan mempelajari sesuatu yang baru.§

image§

Satguru Bodhinatha Veylanswami§

Jagadacharya ke-163 dari Nandinatha Sampradaya Kailasa Parampara§

Guru Mahasannidhanam§

Kauai Aadheenam, Hawaii, Amerika Syarikat§