12 Beliefs of Saivism: Suatu Senarai Kepercayaan Penganut Agama Hindu Saiva

Suatu Senarai Kepercayaan
Penganut Agama Hindu Saiva
§

1§

Penganut Siva semua percaya bahawa Siva ialah Tuhan, Keadaan MutlakNya, Parasiva, melampaui masa, rupa dan ruang. Pendeta seolah-olah berkata, "Tuhan ini pun bukan, itu pun bukan." Maka, begitulah sifat Tuhan Siva yang sukar difahami. Aum.§

2§

Penganut Siva semua percaya bahawa Siva ialah Tuhan, sifatNya yang wujud dimana mana sebagai kasih sayang, Parasakti, ialah dasar, unsur utama atau kesedaran suci, yang mengalir melalui segala rupa sebagai tenaga, keberadaan, ilmu, dan ketenangan. Aum.§

3§

Penganut Siva semua percaya bahawa Siva ialah Tuhan, sifatNya yang wujud dimana mana ialah Roh Asal, Mahadeva Agung, Parameshvara, pencipta Veda dan Agama, pencipta, pelindung dan pemusnah segala kewujudan. Aum.§

4§

Penganut Siva semua percaya kepada Mahadeva Ganesha, putera Siva Shakti, yang kita pujaNya dahulu sebelum memulakan apa-apa pemujaan atau tugasan. Perintah IaNya penuh belas kasihan. Undang undang IaNya adil. Keadilan ialah minda IaNya. Aum.§

5§

Penganut Siva semua percaya kepada Mahadeva Karttikeya, putera Siva Sakti, dan Vel IaNya yang penuh rahmat melenyapkan ikatan kejahilan. Pendeta yogi, duduk bersila and bertafakur pada Murugan. Sebegitu terkawal, minda yoginya tenang. Aum.§

6§

Penganut Siva semua percaya bahawa tiap-tiap roh individu dicipta oleh Tuhan Siva dan menyerupaiNya, serta keserupaan ini akan disedari sepenuhnya oleh semua roh apabila ikatan anavakarma dan maya dilenyapkan melalui restuNya. Aum.§

7§

Penganut Siva semua percaya pada kewujudan tiga dunia; Alam Nyata ( Bhuloka), di mana roh berada dalam jasad fizikal; Alam Kayangan ( Antarloka), di mana roh dalam bentuk jasad halus; dan Alam Kewujudan Asal ( Sivaloka) di mana roh wujud dalam bentuk cahaya yang abadi. Aum.§

8§

Penganut Siva semua percaya pada hukum karma — bahawa seseorang itu wajib menanggung akibat daripada setiap perbuatannya — dan setiap roh akan lahir kembali sehingga semua karma dibereskan dan moksha, kebebasan abadi dicapai. Aum.§

9§

Penganut Siva semua percaya bahawa mengamalkan charya, kehidupan mulia, kriya, sembahyang di kuil, dan yoga, yang membawanya ke Parasiva melalui restu daripada satguru yang masih hidup, amat perlu untuk mencapai jnana, kebijaksanaan. Aum.§

10§

Penganut Siva semua percaya bahawa pada dasarnya tidak ada kuasa kejahatan. Jahatan tidak ada punca, melainkan punca kejahatan ialah kejahilan. Penganut Siva ialah dengan benar penuh belas kasihan dalam pengetahuan bahawa akhirnya tidak ada baik atau jahat. Semuanya ialah Kehendak Tuhan. Aum§

11§

Penganut Siva semua percaya bahawa agama ialah kerjasamaan berharmoni di antara ketiga-tiga alam dan keharmonian ini boleh diwujudkan melalui penyembahan di kuil, di mana makluk dari ketiga-tiga alam dapat berkomunikasi. Aum.§

12§

Penganut Siva semua percaya pada Mantra Panchakshara, lima suku kata ungkapan suci “ Nama Sivaya,” dan inilah mantra Saivisme yang paling agung dan terpenting. Rahsia Nama Sivaya boleh disedar kalau dengar dari mulut yang benar pada waktu yang betul. Aum.§